PENGENALAN



Program Road to Thailand 2016 merupakan program kembara rentas sempadan kali ketujuh dilaksanakan sejak tahun 2010. Program ini merupakan kesinambungan daripada program Madrasatul Hayah IKRAM (MHI) yang telah diadakan selama sebulan di kem.
 
Sejak tahun 2010, Road to Nusantara (nama tempat mengikut nama negara/negeri yang dilawati) sudah pergi ke tempat-tempat berikut:
1.      2010 – Sarawak dan Brunei
2.      2011 – Kemboja
3.      2012 – Thailand
4.      2013 – Thailand
5.      2014 – Sabah
6.      2015 – Kemboja
7.      2016 – Thailand
 
Program yang kebiasaannya berlangsung selama 9 atau 10 hari ini akan membawa peserta menghayati pengalaman baru apabila berada bersama masyarakat muslim di negara lain.
 
Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang Road to Thailand yang pastinya akan memberi pelbagai kenangan dan pengajaran kepada para peserta.
 
Semoga para peserta Road to Thailand ini akan mendapat manfaat yang banyak sekembalinya daripada program ini kelak.
 
  Anjuran
 
1.      Jawatankuasa Belia dan Remaja IKRAM
2.      Jawatankuasa Madrasatul Hayah IKRAM 2015/16
3.      WAMY Thailand
 
Tema Program
 
“ Ukhuwah Islamiyah merentas sempadan ASEAN (Malaysia-Thailand)”
 

  

No comments:

Post a Comment